tatkala menyusuri hidup untuk menjadi yang terbaik,
menjalankan tanggungjawab ubudiyyah dan khalifah Allah,
mana pegangan hidup,
yang mana satu?
jika adalah lidi lidi,
berseradak yang lama, yang baru,
yang bengkok menambah serabut, yang elok tegak mungkin terpatah.
tatkala mencari kefahaman,
kefahaman datang, iman menggagahkan diri,
namun insan biasa, kegoyahan iman menjadi lumrah.
berat sungguh,
berusaha untuk cinta,
mensucikan yang suci itu,
namun sendiri kecundang,
mana pergi justifikasi suatu masa dahulu,
sedikit demi sedikit melangkah,
tp kini banyak, banyak jatuh,
ke dalam kelopak air, berlumpur.
tatkala meniti hari yang sedia penuh dugaan,
mana sahabat, yang memahami,
rupanya tidak, oh, silap anggap,
berat sekali lagi menahan diri,
menelan kebatilannya,
menelan butir katanya,
menelan dosa,
Allah Maha Pengampun,
insyaAllah.
ingin mengasingkan diri,
orang terasing itu dipelihara Allah.mampu?
asing dari kamu, mampu?
asing dari sahabat, mampu?
bagaimana rasanya jika Allah asingkan aku, mahu?
pilihan di tangan sendiri,
namun hati terperosok memikirkan kamu yang saya sayang,
mampukah diri menerima keasingan kamu,
mampukah diri mengasingkan kamu?
sayang, terlampau sayang, mana akan di bawa sayang, jika tidak ke Syurga,
layak?
No comments:
Post a Comment